Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual
Kelas : Tahun 2 Dahlia
Masa : 60 Minit
Bidang : Membentuk dan membuat binaan ( Stabail )
Tema dan Tajuk : Alam Semulajadi (Taman rama-rama)
Standard Pembelajaran : 3.1 Persepsi Estetik :
3.1.1 Unsur Seni
3.1.1.1 Bentuk - konkrit
3.1.1.2 Ruang - susunan objek
3.1.2 Prinsip Rekaan
3.1.2.1 Imbangan - sementri
3.2 Aplikasi Seni :
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis
media dalam penghasilan karya
3.2.1.1 Alat - gunting
3.2.1.2 Bahan - pensel warna, kad manila, gam,
straw, doh dan botol plastik dan gambar
daripada majalah atau salinan fotostat.
3.2.2 Mengetahui penggunaan media, tenik dan
proses dalam penghasilan karya.
3.3 Ekspresi Kreatif :
3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan
secara kreatif.
3.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang
bersesuaian dalam penghasilan stabail.
3.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : bentuk,
ruang, imbangan dan harmoni dalam
penghasilan karya.
3.4 Apresiasi Seni :
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
3.4.2 Menyatakan karya sendiri dan rakan
3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajarana murid-murid dapat :
1. Memahami dan menggunakan unsur dan
prinsip rekaan dalam penghasilan stabail.
2. Mengenal media, proses dan teknik dalam
penghasilan stabail.
3. Menghasilkan stabail yang menarik dengan
menggunakan media yang sesuai.
4. Membuat apresiasi dengan berpandukan
bahan seni visual yang telah dipelajari.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan oleh guru dan bersoaljawab
tentang stabail.
2. Murid memerhati guru menunjuk cara menghasilkan stabail.
3. Murid menghasilkan stabail.
4. Murid mempamerkan hasil karya seni yang dihasilkan.
EMK : TMK, Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan(EK1 - EK5) dan Nilai
murni.
Bahan Bantu Belajar : Contoh stabail sedia ada, acuan rama-rama, gunting,
acuan bunga, pensel warna, kertas warna, oil
pastel, kotak tisu, gam, kadbod, plastisin,
double-sided tape, batang aiskrim.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membentuk dan membuat binaan
stabail dengan berpandukan empat Standard Kandungan.
Refleksi :
26 daripada 30 orang murid dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan sementara 4 orang lagi yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan pada sesi pembelajaran yang akan datang.
ALAT-ALAT UNTUK MEMBUAT STABAIL
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT STABAIL :
1. Kotak hendaklah dibalut agar ia nampak menarik dan kemas.
2. Kotak ini akan digunakan sebagai dasar untuk membuat stabail.
3. Kertas manila dipotong untuk membuat tiang stabail.
4. Kertas ini hendaklah dipotong lurus.
5. Apabila kad manila telah dipotong, kemudian gulungkan kad manila tersebut.
6. Kad manila yang telah dipotong akan dijadikan tiang stabail.
7. Lukiskan bentuk bunga di atas kertas warna.
8. Kemudian guntingkan bentuk bunga yang telah dihasilkan.
9. Setelah selesai, bunga berkenaan akan dilekatkan pada tiang stabail.
10. Contoh - contoh hasil stabail yang telah siap.
Bahan yang bermanfaat dan boleh di kongsi bersama
ReplyDeleteterima kasih kerana mengunjungi blog saya
DeleteBahan ini amat berguna untuk saya tahun depan. Terima kasih atas perkongsian bahan.
ReplyDeletebahan yg sgt berguna dan menarik. tq for sharing! =))
ReplyDelete